Sebagai orang dewasa, kita sering diminta untuk minum 8 gelas air sehari. Tetapi adakah peraturan ini tertakluk kepada kanak-kanak juga? Air adalah komponen utama tubuh badan manusia. Ia mewakili kira-kira 60% daripada jumlah berat badan orang dewasa. Kanak-kanak, terutamanya dalam usia 6 bulan pertama kehidupan, mempunyai kandungan air yang lebih tinggi antara 75% daripada berat badan, yang secara beransur-ansur berkurangan apabila kanak-kanak itu membesar.


Air mempunyai beberapa peranan dalam badan dari mengeluarkan bahan buangan dari hati dan buah pinggang kepada mengawal suhu badan. Oleh kerana badan kehilangan air melalui pernafasan, berpeluh, air kencing dan pembuangan najis, badan perlu diisi dengan air sentiasa.

Berapa banyak air yang perlu diminum oleh kanak-kanak?

Berdasarkan Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah (EFSA), dengan menganggarkan bahawa 70-80% cecair dalam diet berasal dari minuman dan 20-30% daripada makanan, jumlah cecair yang diperlukan mengikut umur adalah seperti berikut:
  • 0 – 6 bulan: 680mL susu
  • 6 – 12 bulan: 800 – 1000mL sehari (terutamanya susu, 2-4 auns air sehari)
  • 1 – 3 tahun: 1100 – 1200mL sehari
  • 4 – 8 tahun: 1600mL sehari
  • Kanak-kanak perempuan berusia 9 – 13 tahun: 1900mL sehari
  • Kanak-kanak lelaki berusia 9 – 13 tahun: 2100mL sehari
Ini hanyalah anggaran sahaja. Kanak-kanak mungkin memerlukan lebih daripada jumlah ini jika cuaca sangat panas, apabila mereka demam atau mereka sangat aktif.

Apakah tanda-tanda pengambilan air yang tidak cukup?

  • bibir merekah
  • Mulut kering
  • Keletihan
  • Sakit kepala
  • Sembelit
  • Air kencing berwarna gelap

Apa yang berlaku apabila kanak-kanak mengambil lebih banyak air daripada yang diperlukan?

Pengambilan air yang berlebihan juga tidak pernah elok.

Pada bayi, lebihan air boleh mengakibatkan paras natrium di dalam darah menjadi rendah dan membawa kepada pembengkakan otak, keadaan ini dipanggil mabuk air.
Pada kanak-kanak yang lebih besar, dengan buah pinggang yang lebih matang dan peraturan air yang lebih baik, sebarang lebihan air akan dikeluarkan oleh badan melalui proses pembuangan air kecil.

Apa yang anda lakukan jika anak anda tidak suka minum air kosong?

Bukan semua kanak-kanak suka minum air kosong! Jadi di sini, ada beberapa petua untuk merangsang minat mereka.
  • Dengan menuang air ke dalam cawan atau air botol yang menarik atau berwarna-warni.
  • Dengan menambah hirisan buah-buahan, contohnya, lemon atau oren untuk memberikan sedikit rasa pada air.
  • Menghidangkan air pada suhu yang berbeza; contohnya, sejuk atau suam.
Salah satu cara yang terbaik untuk menggalakkan anak-anak minum air adalah dengan memastikan ibu bapa juga menunjukkan contoh yang baik. Lagipun, anak-anak selalunya akan meniru tindakan ibu bapa mereka. Seperti peribahasa ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi!

Rujukan:
1. Hydration for Children by British Nutrition Foundation – nutrition.org.uk
2. Guidelines for Adequate Water Intake : A Public Health Rationale https://www.efbw.org/…/EFBW…
PELAJARI LEBIH LANJUT

BERMINAT DALAM ARTIKEL SELANJUTNYA?

Kami mempunyai artikel yang sesuai untuk anda.

“There is no such thing as a perfect parent. So just be a real one.” – Sue Atkins

PELAJARI LEBIH LANJUT