Cecair pembasmi kuman Vs Sabun dan Air

Saya yakin anda telah mendengar banyak nasihat tentang kerap mencuci tangan sama ada menggunakan sabun dan air atau menggunakan cecair pembasmi kuman. Pernahkah anda terfikir yang mana lebih baik? Atau bilakah anda perlu mencuci tangan? Perkataan “kerap membasuh tangan” mungkin tidak berguna kerana ia boleh membawa maksud apa-apa sahaja seperti setiap jam atau bahkan tiga kali sehari!

Tidak kira betapa bersihnya alam sekitar, kuman wujud di mana-mana! Oleh kerana ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar, ramai orang terlepas pandang kepentingan mencuci tangan. Mencuci tangan dengan sabun dan air atau menggunakan cecair pembasmi kuman yang mengandungi sekurang-kurangnya 60% alkohol, bukan sahaja akan mengurangkan risiko dijangkiti kuman malah ia juga dapat menghalang penyebaran kuman ini kepada orang lain.

Mana yang lebih baik? Mencuci dengan sabun dan air atau menggunakan cecair pembasmi kuman berasaskan alkohol?

Secara logiknya, ramai yang menyangka cecair pembasmi kuman yang berasaskan alkohol lebih baik berbanding hanya menggunakan sabun dan air untuk mencuci tangan.
Sebenarnya, paling bagus ialah mencuci tangan dengan sabun dan air!
✔️Mencuci tangan dengan sabun dan air dapat membantu membuang semua jenis kuman dari tangan manakala cecair pembasmi kuman hanya bertindak untuk membunuh kuman yang tertentu sahaja.
✔️Sabun dan air lebih berkesan untuk membuang kuman tertentu, contohnya, norovirus (virus yang menyebabkan muntah atau cirit-birit) dan Cryptosporidium (bakteria yang terdapat dalam haiwan dan air yang tercemar).
✔️Cecair pembasmi kuman tidak boleh membuang bahan kimia berbahaya seperti racun perosak dan logam berat seperti plumbum.

Sabun manakah yang terbaik untuk digunakan semasa mencuci tangan?

Semua jenis sabun adalah terbaik. Menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S. (FDA), tiada bukti konkrit bahawa sabun antibakteria yang dijual bebas (OTC) lebih baik untuk mencegah penyakit daripada mencuci tangan dengan sabun atau air biasa. Beberapa bahan antibakteria yang digunakan; contohnya, triclosan mungkin berbahaya kepada badan apabila digunakan untuk jangka masa yang panjang.

Adakah cecair pembasmi kuman bukan berasaskan alkohol sama keberkesanannya dengan cecair pembasmi kuman berasaskan alkohol?

Cecair pembasmi kuman yang menggunakan bahan aktif selain alkohol (etanol), isopropil alkohol atau benzalkonium klorida tidak disyorkan kerana keberkesanan dan profil keselamatannya tidak diketahui.
Dalam mencuci tangan, adalah penting untuk mengetahui apabila mencuci tangan dengan sabun dan air lebih diutamakan berbanding penggunaan cecair pembasmi kuman.

Rujukan:
2. Antibacterial soap? You can skip it, Use Plain Soap and Water https://www.fda.gov/…/antibacterial-soap-you-can-skip…
PELAJARI LEBIH LANJUT

BERMINAT DALAM ARTIKEL SELANJUTNYA?

Kami mempunyai artikel yang sesuai untuk anda.

“There is no such thing as a perfect parent. So just be a real one.” – Sue Atkins

PELAJARI LEBIH LANJUT