Lonjakan selesema

Kini setelah kanak-kanak kembali ke taska, prasekolah dan sekolah, saya mula melihat semakin banyak kes selesema dikalangan mereka. Selsema adalah sangat ‘biasa’ sehingga kanak-kanak yang bersekolah boleh dijangkiti sehingga 6-8 kali dalam masa setahun! Dan ia tidak membantu bahawa terdapat lebih daripada 200 virus yang menyebabkan selesema biasa. Secara purata, ia mengambil masa 7-10 hari untuk orang dewasa pulih sepenuhnya manakala 14 hari untuk kanak-kanak.

Tanda-tanda selesema biasa

✔️Sakit tekak
✔️Hidung berair
✔️Batuk
✔️Bersin
✔️Sakit kepala atau badan
✔️Demam gred rendah juga mungkin terdapat pada kanak-kanak yang lebih kecil.

Bagaimanakah anda boleh mengurangkan risiko selesema pada anak anda?

✅ Galakkan kerap mencuci tangan dengan sabun dan air.
Jika sabun dan air tidak tersedia, cecair pembasmi kuman berasaskan alkohol akan menjadi pilihan terbaik seterusnya. Virus yang menyebabkan selesema boleh hidup di tangan; justeru kerap mencuci tangan dapat membantu untuk mengurangkan risiko jangkitan.
✅ Elakkan menyentuh mata, hidung, dan mulut kerana anggota badan ini senang untuk dimasuki oleh kuman ke dalam badan.
✅ Jauhi orang yang sedang sakit.

Apakah langkah-langkah yang perlu diikuti apabila seseorang dalam keluarga diserang selesema?

– Sesiapa yang kurang sihat hendaklah memakai topeng pelitup muka walaupun berada di rumah, terutamanya apabila terdapat orang lain di sekeliling.
– Pergaulan yang rapat seperti memeluk, mencium, atau menyentuh juga harus dielakkan.
– Etika batuk yang baik seperti batuk atau bersin ke dalam tisu atau lengan hendaklah diamalkan pada setiap masa.
– Permukaan yang kerap disentuh seperti tombol pintu, meja, kerusi dan mainan hendaklah selalu disinfeksi.

Tingkatkan sistem imun badan anak anda

Pastikan anak-anak anda mempunyai diet yang seimbang, aktif melalui senaman, dan jangan lupa suntikan selesema tahunan mereka.
Tiada vaksin untuk selesema biasa. Walau bagaimanapun, langkah-langkah yang dinyatakan di atas akan membantu mengurangkan kemungkinan anak anda dijangkiti! ?
Reference: cdc.gov
PELAJARI LEBIH LANJUT

BERMINAT DALAM ARTIKEL SELANJUTNYA?

Kami mempunyai artikel yang sesuai untuk anda.

“There is no such thing as a perfect parent. So just be a real one.” – Sue Atkins

PELAJARI LEBIH LANJUT