Reaksi alahan daripada gigitan serangga

Pernahkah anda terfikir mengapa gigitan serangga pada kanak-kanak kelihatan lebih merah dan lebih bengkak berbanding gigitan serangga pada orang dewasa? Adakah kerana orang dewasa mempunyai kulit yang lebih tebal? ?

Hampir semua gigitan serangga boleh menyebabkan reaksi alahan pada kanak-kanak! Tindak balas akan bergantung pada tahap kepekaan anak anda terhadap gigitan serangga. Reaksi alahan daripada gigitan biasanya bertambah teruk 2-3 hari kemudian. Syukurlah apabila kanak-kanak membesar, keterukan tindak balas ini berkurangan.

Gejala alahan gigitan serangga termasuk:

✔️ Sakit
✔️ Kemerahan
✔️ Bengkak
✔️ muka kemerahan
✔️ Ruam
✔️ Gatal-gatal
✔️ Anafilaksis (tindak balas alahan yang teruk)
⚠️ Anafilaksis

Apakah tanda gejala terhadap gigitan serangga pada kanak-kanak?

Walaupun jarang berlaku, sesetengah kanak-kanak mungkin mengalami reaksi alahan yang teruk yang dipanggil anafilaksis. Jika anak anda mengalami simptom ini disebabkan oleh gigitan serangga, segera bawa mereka ke hospital yang terdekat.
❗️ Ruam yang meluas dengan gatal-gatal yang teruk
❗️ Sesak dada atau kesukaran untuk bernafas
❗️ Kesukaran untuk menelan atau suara menjadi serak disebabkan tekak bengkak
❗️ Sakit perut berserta muntah, loya, atau cirit-birit
❗️Bibir atau lidah bengkak
❗️Kanak-kanak yang kelihatan pucat, lemah atau pengsan

Apakah yang boleh anda lakukan selepas terkena gigitan serangga?

✔️ Basuh kawasan gigitan
✔️ Sapukan krim yang menenangkan untuk mengurangkan kegatalan
✔️ Gunakan air sejuk atau tuala sejuk untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan
✔️ Jika gatalnya teruk, berikan dos ubat antihistamin yang sesuai
✔️ Bagi kanak-kanak yang sangat sensitif terhadap gigitan serangga, mungkin dengan menyapukan krim steroid dengan lapisan yang nipis akan dapat membantu.
Artikel berkaitan:
Rujukan:
1. Insect sting allergy by American College of Allergy, Asthma and Immunology acaai.org
2. Insect bites and stings by The Royal Children’s Hospital Melbourne www.rch.org.au
3. Photo credited to childrenswellnesscenter
PELAJARI LEBIH LANJUT

BERMINAT DALAM ARTIKEL SELANJUTNYA?

Kami mempunyai artikel yang sesuai untuk anda.

“There is no such thing as a perfect parent. So just be a real one.” – Sue Atkins

PELAJARI LEBIH LANJUT