Bagaimanakah Cara Untuk Anda Menyediakan Anak Anda untuk Pemvaksinan Mereka?

Pemvaksinan boleh menjadi salah satu pengalaman yang menakutkan bagi kebanyakan kanak-kanak. Tetapi, dalam masa yang sama ibu bapa boleh membantu anak anda untuk melalui proses pemvaksinan tanpa rasa sakit dan bebas tekanan. Dan ini adalah caranya. πŸ˜‰

Penyediaan sebelum Pemvaksinan

  1. Bagi kanak-kanak yang lebih besar, adalah penting untuk memberitahu mereka tentang kepentingan dan mengapa mereka memerlukan vaksin. Ibu bapa perlu menegaskan bahawa vaksin akan melindungi mereka daripada pelbagai penyakit yang berbahaya.
  2. Suntikan vaksinasi mungkin akan menyakitkan atau mereka akan merasa sedikit menyengat tetapi ibu bapa boleh beritahu anak anda bahawa kesakitan itu hanyalah untuk seketika. Elakkan menceritakan kisah-kisah yang menakutkan atau membuat ugutan tentang suntikan vaksinasi.
  3. Ibu bapa juga boleh memberikan ganjaran kepada kanak-kanak setelah mereka selesai mendapatkan vaksinasi kerana ia merupakan salah satu motivasi yang positif bagi mereka. Ibu bapa tidak perlu risau dengan ganjaran apa yang perlu diberikan kepada anak-anak. Ganjaran buat mereka boleh menjadi semudah dengan 30 minit masa tambahan untuk menonton tv, bermain di taman permainan atau hanya dengan membelikan mereka ais krim! Ibu bapa memberikan mereka pujian selepas vaksinasi juga merupakan salah satu cara yang baik.

Menenangkan kanak-kanak semasa proses vaksinasi untuk (bayi dan kanak-kanak yang masih kecil)

  1. Alihkan perhatian mereka dan berikan keselesaan kepada mereka dengan berpeluk, menyanyi atau bercakap dengan mereka menggunakan nada yang lembut. Senyum dan bertentang mata dengan anak anda untuk memberikan jaminan kepada mereka.
  2. Membuatkan anak anda selesa dengan membawa mainan kegemarannya, buku atau selimut kesukaan mereka.
  3. Selepas suntikan vaksinasi telah diberikan, pegang dan peluk anak anda. Suara ibu bapa yang menenangkan dan digabungkan dengan pujian dan pelukan dan membantu anak anda merasa yakin bahawa suntikan vaksinasi tersebut tidaklah menyakitkan. Bayi boleh ditenangkan melalui bedungan, sentuhan kulit ke kulit, dan penyusuan susu ibu.

Menenangkan kanak kanak semasa vaksinasi (Untuk kanak kanak yang dewasa dan remaja)

  1. Mengalihkan tumpuan mereka dengan bercerita, bertanyakan soalan dan juga membaca buku atau kisah kisah yang pendek.
  2. Dukung anak anda jika dia menangis. Jangan sekali-kali memarahi anak anda hanya disebabkan mereka tidak “berani”.
  3. Ibu bapa boleh cuba melakukan pergerakan tarik nafas dalam-dalam dengan anak anda untuk membantu “mengeluarkan” kesakitan.
P.S Kami tidak melambai picagari vaksin kami ke udara!

 

Rujukan:
Vaksin untuk anak-anak anda oleh CDC.gov
Kredit gambar kepada @karacandraw