Baru-baru ini, telur ayam daripada sebuah ladang di Malaysia telah ditarik balik kerana pencemaran Salmonella.
  • Apakah Salmonella?

Salmonella adalah bakteria yang terdiri daripada pelbagai jenis. Ia boleh menyebabkan jangkitan Salmonella iaitu dipanggil Salmonellosis, yang merupakan salah satu penyakit bawaan makanan yang paling biasa. Terdapat satu jenis bakteria lain yang jarang dipanggil Salmonella typhi. Ia boleh menyebabkan demam kepialu.

  • Bagaimanakah ia boleh tersebar?

Kebanyakkan jangkitan Salmonella boleh tersebar dikalangan manusia disebabkan oleh berlakunya pencemaran air dan makanan. Makanan yang sering dikaitkan dengan penyakit Salmonella ialah daging, ayam, telur atau susu. Cara penyebaran lain adalah dengan menyentuh haiwan yang dijangkiti, najis mereka atau persekitaran mereka.
  • Apakah gejala Salmonella?

Setelah dijangkiti, seseorang boleh mengalami gejala demam, loya, muntah, cirit-birit, atau kekejangan perut yang menyakitkan selama 4 hingga 7 hari.
  • Bagaimanakah cara untuk anda merawatnya?

Kebanyakan orang boleh kembali pulih daripada jangkitan Salmonella dalam masa 4 hingga 7 hari tanpa pengambilan antibiotik.
Walau bagaimanapun, untuk kanak-kanak yang masih kecil, terutamanya mereka yang berumur kurang daripada 12 bulan atau kanak-kanak yang mengalami sejarah penyakit kronik, memerlukan rawatan antibiotik.
Teruskan membaca untuk mengetahui cara untuk melindungi anak anda daripada jangkitan Salmonella. ❤