Bagaimanakah cara untuk menenangkan anda anda #teethingbaby 💕

Tumbuh gigi ialah satu proses di mana gigi bayi yang pertama akan menembusi gusi. Kebanyakan kanak-kanak akan mendapat gigi pertama mereka sebelum 6 bulan dan kanak-kanak perempuan selalunya mendapat gigi lebih awal daripada kanak-kanak lelaki.
Sebaik sahaja anak anda mengalami pertumbuhan gigi pertamanya, anda boleh mengharapkan dua gigi baru setiap 2 hingga 4 bulan sehingga satu set lengkap iaitu 20 gigi susu menjelang usianya di 30 bulan.

Adakah tumbuh gigi menyebabkan kesakitan?😥

Sudah semestinya! Saya pasti ibu bapa juga masih ingat bagaimana rasanya kesakitan yang menjengkelkan itu apabila pertumbuhan gigi geraham anda. Tetapi yakinlah bahawa ia akan menjadi lebih baik untuk anak anda apabila ada gigi sudah mulai tumbuh.

 

Bagaimanakah kita sebagai ibu bapa boleh membantu untuk melegakan kesakitan anak-anak yang berkaitan dengan pertumbuhan gigi?

✔️Menawarkan cincin tumbuh gigi yang sejuk (bukan beku) yang berisi ce atau kain lap yang bersih untuk digigit oleh bayi. Cara ini boleh memberikan sedikit keselesaan pada bayi yang mengalami sakit gigi.
✔️Jika bayi anda sudah mula bercerai susu, tawarkan mereka biskut tumbuh gigi yang keras untuk dikunyah.
✔️Urut gusi bayi anda dengan jari anda yang telah dibersihkan. Anda boleh mengurut gusi bayi anda semasa penjagaan kebersihan mulut harian mereka.
✔️Ubat demam harus menjadi pilihan terakhir anda untuk diberikan kepada bayi. Jika bayi didapati sukar untuk tidur, meragam dan menunjukkan bahawa mereka tidak selesa. Tetapi, ibu bapa diingatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang ubat kepada bayi anda.
✔️Elakkan gel tumbuh gigi yang mengandungi benzocaine iaitu ubat kebas. Ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku pada kanak-kanak kecil.

 

Rujukan:
-Teething: facts and fiction by Lisa Markman-Pediatrics in Review
-AAP guidelines